Permainan Ghostbusters Sama Seperti Pokemon Go Akan Dikeluarkan Tahun Ini Di iOS & Android

By Hazril Md Nor | February 27, 2018

Hmm tak cukup dengan fenomena Pokemon Go pada 2016, nampaknya Ghostbusters pula nak mencuri perhatian penduduk seluruh dunia! Eh best ke ‘tangkap’ hantu?

Dalam satu pendedahan baru-baru ini, game Ghostbusters World di telefon pintar dengan sokongan Augmented Reality itu membolehkan korang memburu spectres, poltergeists, vapors dan macam-macam lagi jenis hantu.

Sama seperti Pokemon Go, ia akan dimainkan mengikut sistem lokasi. Kononnya pemain akan menjawab panggilan untuk ke luar dan mencari virtual ghosts di kawasan sebenar.

4:33 Creative Lab, Columbia Pictures dan NextAge bekerjasama untuk membangunkan permainan mudah alih ini di iOS dan Android. Buat masa ini, malangnya tak ada lagi tarikh pelancaran rasmi diumumkan tapi janganlah risau, ia akan dikeluarkan pada tahun ini.

Dah sedia nak ‘tangkap’ hantu?

Sumber: stuff.co.nz