Permainan Suicide Squad dan Gotham Knights diumumkan di DC Fandome

By Burhanudin Zamri | August 24, 2020

Dua permainan baharu telah diumumkan di acara DC Fandome iaitu Gotham Knights dan Suicide Squad: Kill the Justice League. Kedua-dua judul tersebut akan dilancarkan di PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStatio 4 (PS4), Xbox Series X, dan Xbox One.

Gotham Knights dibangunkan oleh Warner Bros. Games Montreal dan ia akan dilancarkan pada tahun depan. Studio yang sama sebelum ini mengeluarkan Batman: Arkham Origins. Kali ini, kita tidak akan lagi bermain sebagai Batman.

Dalam Gotham Knights, pemain akan bermain sebagai salah seorang daripada empat pewaris Batman iaitu Nightwing, Batgirl, Robin, dan Red Hood. Ia akan menggabungkan permainan dunia terbukan Arkham Origins dengan elemen role-playing game (RPG).

Tonton video permainan Gotham Knights di mana Batgirl dan Robin bertarung dengan Mr. Freeze di sini.

Suicide Squad: Kill the Justice League pula dibangunkan oleh Rocksteady Studios, studio yang terkenal dengan karya mereka iaitu siri permainan Batman: Arkham. Ia akan dilancarkan pada tahun 2022.

Pada waktu ini, Warner Bros. Interactive Entertainment hanya mengeluarkan trailer sinematik untuk Suicide Squad: KIll the Justice League. Nampaknya ia mempunyai nada yang lebih lebih lucu berbanding siri Batman: Arkham.

Kedua-dua judul di atas mempunyai laman web rasmi masing-masing yang boleh dilayari untuk mendapatkan maklumat lanjut: Gotham Knights & Suicide Squad: Kill the Justice League.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.