Permainan untuk PlayStation Plus bagi Julai 2021 diumumkan

By Taib Mohamed | July 1, 2021

Sony sudah mendedahkan permainan untuk PlayStation Plus bagi Julai ini termasuk versi baru untuk PS5 iaitu A Plague Tale: Innocence dan untuk PS4, Call of Duty: Black Ops 4 dan WWE 2K Battlegrounds.

Menurut pengumuman di PlayStation.blog, kesemua permainan tersedia bermula 6 Julai ini hingga 2 Ogos ini. Sony juga mengingatkan bagi yang melanggan Virtua Fighter 5  Ultimate Showdown – merupakan sebahagian daripada permainan PlayStation Plus bagi Jun 2021, akan ada dalam servis hingga 5 Ogos. 

A Plague Tale: Innocence versi PS5 mempunyai ciri-ciri 60 FPS, visual yang ditambah baik, dan pemuatan yang lebih pantas. Malangnya bagi pemilik PS4, hanya versi PS5 sahaja yang menjadi sebahagian daripada pilihan bulan ini. Ini akan membantu pemilik PS5 bersedia untuk sekuel – A Plague Tale: Requiem – yang dilancarkan di E3 2021 dengan tarikh pelancaran pada 2022.

Bagi Call of Duty: Black Ops 4 yang dilancarkan 2018, ia akan tersedia untuk pelanggan PlayStation Plus, dan terdapat suite multiplayer yang luas. Walaubagaimanapun, mereka yang mencari Call of Duty untuk kempen tradisional akan kecewa, kerana ini adalah judul francais yang pertama tidak mempunyai mod pemain tunggal. 

WWE 2K Battleground dilancarkan semasa 2K memutuskan untuk tidak melancarkan WWE 2K tradisional yang mendapat kritikan berat seperti permainan sebelumnya.  Pertarungan gaya arked terbaru ini memberikan peminat gusti suatu yang dinanti-nantikan sementara pembangun mengusahakan masa depan gelaran utamanya. 

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA. Untuk artikel asal boleh baca di SINI.