Persekitaran kerja toksik, salah laku dan gangguan seksual di Ubisoft masih belum berubah?

By Mike Hayate | May 24, 2021

Sejak beberapa tahun ini Ubisoft telah mendapat beberapa tuduhan mengenai salah laku dan gangguan. Syarikat akhbar Le Telegramme melaporkan Ubisoft bakal dikenakan tindakan undang-undang akhir bulan ini.

Namun, dengan tindakan dan laporan dari pekerja Ubisoft, Ubisoft sendiri masih belum berubah. Ada cubaan telah dibuat Ubisoft untuk membuat perubahan tetapi perubahan tersebut tidak mendatangkan apa-apa perubahan ke arah lebih baik.

Malah, berapa individu yang telah dikenakan tuduhan masih bekerja di Ubisoft seperti tidak ada apa yang terjadi termasuk kes Florent Castenerac dan Hugues Ricour yang telah dilaporkan atas salah laku oleh ramai orang di Ubisoft.

20,000 pekerja dan pengurus di Ubisoft telah menjalani sesi latihan untuk mengurangkan salah laku gangguan seksual.

Tetapi menurut wakil yang melaporkan ke GameIndustry.biz, masih tiada perubahan yang berlaku.

“Inisiatif tambahan masih dalam proses dan akan tiba pada masa terdekat. Kami kini komited untuk menguatkan lagi budaya dan nilai baru dalam jangka masa panjang. Ubisoft juga akan memastikan setiap unit akan didengari dan dihormati di tempat kerja.” kata wakil Ubisoft kepada portal berkenaan.

Ubisoft merupakan antara syarikat permainan video terbesar di Eropah dengan beberapa cawangan serata dunia. CEO Ubisoft Montreal juga telah meninggalkan Ubisoft pada Julai lepas akibat laporan salah laku di tempat kerja.

Moga selepas ini Ubisoft dapat menjaga kesejahteraan semua kakitangan di Ubisoft bagi menyediakan suasana pekerjaan lebih baik.

Sumber rujukan: GameIndustry.biz