DOTA2: Pertukaran Pemain Setakat Ini – Mushi Kembali Kompetitif, Fnatic Tukar Roster Dan Banyak Lagi

By Hazril Md Nor | September 10, 2019

Sambungan daripada artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 3 September hingga 10 September – apa yang terjadi?

 

Fnatic tukar Pemain

Selepas sekian lama tidak mampu mencapai apa-apa kejayaan di Dota Pro Circuit (DPC) musim 2018-2019, nampaknya skuad Asia Tenggara, Fnatic perlu mengubah strategi mereka dengan merekrut pemain baru dan menukar pemain lama.

23savage dan pemain Malaysia Kam Boon Seng (Moon) kini menyertai pasukan ini manakala pemain lama iaitu Iceiceice, DJ dan Jabz masih kekal. Ini bermakna Abed dan DuBu sah meninggalkan organisasi itu.

 

Mushi ke Keen Gaming

Selepas tamat memberikan ilmu sebagai jurulatih bersama Mineski sepanjang The International 2019, pemain veteran Dota 2 Malaysia, Chai Yee Fung atau Mushi membuat keputusan menjadi pemain kembali di Keen Gaming. 

Beliau akan bermain sebagai posisi kelima manakala Song “dark” Runxi akan menjadi kapten pasukan tersebut. Keen sebelum ini bertanding di TI9 namun tewas dalam pusingan kalah mati berdepan skuad Peru, Infamous.

Kehadiran Mushi adalah satu tindakan yang mungkin tepat kerana pengalamannya yang meluas dalam Dota 2 malah pemain negara ini boleh berkomunikasi dengan berkesan dalam Mandarin.

 

9Pasha tinggalkan Virtus Pro, sertai Na’vi

Selepas tewas di lower bracket pada The International 2019, ramai pasukan di bracket itu buat keputusan untuk menukar lineup dan Virtus.Pro juga tidak terkecuali. Baru-baru ini, VP mengesahkan yang Pavel “9pasha” Khvastunov kini menyertai Natus Vincere.

Pemain offlane itu bermain dengan Virtus.Pro selama tiga tahun dan membantu skuad Russia itu memenangi beberapa Major dalam Dota Pro Circuit. Walaupun VP terkenal dengan gelaran Major winner namun aksi mereka di pentas dunia TI9 dilihat kurang memberangsangkan.

Pasha akan menggantikan pemain Na’Vi, Evgeniy “Blizzy” Ree yang mengambil rehat untuk menentukan masa depannya.

Sementara itu, jurulatih VP, Arsenly ‘ArsZeeqq’ Usov turut keluar.

 

ChYuan ke Team Aster

Sebelum ini, Sccc meninggalkan Newbee dan Fade pula mengumumkan persaraan dari arena Dota 2. Tapi mereka kini kembali dalam satu pasukan iaitu di bawah Team Aster yang juga dianggotai oleh pemain Malaysia, ChYuan.

Sccc akan kembali sebagai mid dan ChYuan pula akan bermain sebagai posisi carry. Tapi buat masa ini masih belum tahu siapa akan bermain posisi 4, samada Boboka atau Fade tapi mengikut prestasi DPC musim lalu, Fade adalah posisi 4 terbaik.

Pemain Malaysia, ChYuan pastinya akan buat yang terbaik bersama skuad China ini. Nampaknya makin ramai pemain Malaysia menyertai skuad China! Tiada masalah komunikasi dalam Mandarin dan ia satu advantage kepada mereka sebenarnya.

Sebelum ini, hanya Vici Gaming dan PSG.LGD yang dilihat kuat dalam pentas dunia Dota 2 tapi mungkin tahun ini bakal berubah apabila pasukan China dengan lineup baru ini buat kemunculan dalam musim DPC akan datang.

Terdapat banyak lagi pasukan akan mengalami pertukaran roster dan jangan lupa ikuti kami untuk perkembangan lanjut pasca The International 2019 ini!

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.