PlayStation membangunkan divisyen khas untuk memindahkan permainan ke PC

By syazwanbahri | October 29, 2021

Baru-baru ini, pengguna Steam menyedari bahawa keluaran PC permainan dari Sony sudah menukar penerbit mereka kepada ‘PlayStation PC LLC’, daripada label PlayStation Mobile sebelumnya.

Menurut penyenaraian Wiki Corporation, Sony Interactive Entertainment mendaftarkan nama PlayStation PC pada April tahun ini melalui ibu pejabatnya yang berpangkalan di California. Walaupun nama itu nampaknya hanya sebagai formaliti, ia mewakili satu lagi isyarat kuat bahawa Sony berhasrat untuk meningkatkan output permainannya pada platform PC.

Permainan PC moden pertama daripada Sony ialah Horizon Zero Dawn pada yang dipindahkan pada Ogos 2020 dan Days Gone pada Mei tahun ini.

Selain itu, Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy juga akan melonjak ke PC pada 2022, sejurus selepas permainan-permainan ini tiba untuk PS5, dan God of War diumumkan sebagai port PC yang akan datang bulan ini.

Satu lagi judul PlayStation, Sackboy: A Big Adventure, mungkin akan datang ke PC juga, menurut penyenaraian yang dilihat pada pangkalan data Steam pada minggu ini.

Komitmen Sony

Menurut laporan korporat yang diterbitkan pada musim panas lalu, Sony mula-mula berkata ia akan meneroka untuk membawa lebih banyak permainan eksklusif PlayStation ke PC, berikutan pengeluaran Horizon Zero Dawn pada PC. Kemudian pada awal tahun ini presiden Sony Interactive Entertainment (SIE) mengesahkan bahawa merela akan membawa pelbagai permainan PlayStation ke PC.

Dalam temu bual bersama GQ, president SIE, Jim Ryan, berkata bahawa peluang untuk membawa permainan PlayStation kepada khalayak ramai serta proses pengalihan yang mudah untuk menghasilkan lebih banyak permainan untuk PC kini adalah ‘keputusan yang agak mudah’ untuk syarikat itu.



Apabila ditanya mengapa SIE kini memberi tumpuan kepada pelantar PC sedangkan sebelum ini teragak-agak untuk membawa permainannya ke platform, Ryan berkata: “Saya rasa beberapa perkara sudah berubah.”

“Kami mendapati diri kami pada awal 2021 dengan berbilang studio pembangunan dan permainan yang mereka buat lebih baik berbanding sebelum ini. Terutamanya dari separuh akhir kitaran hidup PS4, studio kami menghasilkan beberapa permainan yang hebat,” tambah Ryan.

Ryan juga menyatakan peluang untuk mendedahkan permainan hebat itu kepada khalayak ramai dan mengiktiraf ekonomi pembangunan permainan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi mereka beruntung untuk diberi peluang ini.

PlayStation baru-baru ini memperoleh studio Nixxes Software yang terkenal kerana menghasilkan versi PC untuk permainan Square Enix termasuk Tomb Raider, Deus Ex, Hitman dan Thief.