PMPL: Team Secret Garang, WWCD Pertama Di Grand Final

By Hazril Md Nor | April 13, 2020

Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) Malaysia, Team Secret berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner pertama dalam perlawanan pembukaan Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile sebentar tadi.

Mereka membuktikan sebagai King of Miramar apabila bermain dengan baik sekali dari awal hingga akhir.

Di bulatan terakhir, mereka berdepan AXIS MPX dan berjaya mengepung mereka lalu mendapatkan WWCD di peta Miramar tersebut.

Di Grand Final ini, sebanyak 16 pasukan terbaik PUBG Mobile berentap bagi mendapatkan hadiah wang tunai terkumpul RM220,000 dan pemenang akan layak ke Liga Dunia. Tempat kedua dan ketiga pula akan layak ke Final Asia Tenggara.

berita lanjut menyusul.