#PMPLSEA: Malaysia gagal melayakkan diri ke PMGC

By Editorial team | October 25, 2020

Peta terakhir Vikendi pada perlawan terakhir ini menyaksikan pasukan Malaysia bertarung untuk mendapatkan tempat ke-5 di dalam ranking untuk melayakkan diri ke PUBG Global Championship 2020.

Siapa sangka PMPL membuka slot ke-5 untuk pasukan yang lain melayakkan diri.

Pasukan Team Secret yang sedang menduduki pada ranking ke-5 mempunyai peluang cerah manakala pasukan Yoodo Gank dan juga Geek Fam perlu mempamerkan aksi yang hebat dan mendapat WWDC bagi melayakkan diri.

Bulatan memihak pada pasukan Yoodo Gank yang berada di arah kiri peta. Pasukan Team Secret kekurangan 1 ahli setelah Madtoi dibunuh oleh pasukan PW88 di dalam rumah setelah dicampak botol api melalui sebuah tingkap ketika beliau sedang scout musuh.

Pasukan SMG tidak dapat beraksi pada peringkat seterusnya setelah perjalanan mereka ditamatkan oleh pasukan Geek Fam. Pasukan PW88 telah berjaya menjatuhkan Rexx dan telah memintas pasukan Team Secret untuk berada di ranking ke-5.

Akhirnya, pasukan Team Secret tidak dapat meneruskan impian mereka setelah uHigh dibunuh oleh pasukan Geek Fam. Pasukan Geek Fam juga mengikut jejak pasukan Team Secret tidak lama kemudian setelah dibunuh oleh pasukan BTR.

Harapan Malaysia kini digalas oleh pasukan Yoodo Gank untuk merampas ranking ke-5 untuk melayakkan diri ke PUBG World Championship 2020. Mereka berentap dengan BTR untuk peluang mendapatkan WWDC. 

Akhirnya pasukan BTR berjaya WWDC buat kali ke-3 sepanjang PMPL Sea Final 2020 ini dan meletakkan mereka sebagai ranking pertama dan berjaya mendapatkan wang terkumpul sebanyak US$30,000 (RM124,725).  

Kesemua pasukan Malaysia gagal untuk mendapatkan tempat di PUBG Mobile Global Championship 2020.

Tahniah pada mereka yang berjaya melayakkan diri. Tahniah juga diucapakan kepada pasukan Malaysia yang bertungkus-lumus untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Aksi yang dipamerkan oleh pasukan Malaysia pada kali ini pasti akan menjadi sebutan oleh peminat semua, semoga mereka terus berusaha untuk perlawanan seterusnya.