Predator League 2019: Recap Hari Pertama

By Hazril Md Nor | February 16, 2019

Predator League 2019 berlangsung dengan meriah semalam dengan adanya dua wakil negara yang bertanding untuk Dota 2 iaitu Lotac dan juga juara bertahan tahun lepas, Geek Fam. Untuk kategori PUBG dipertandingkan buat kali pertama, Team Asbol mewakili Malaysia untuk kejohanan e-sukan ini.

DOTA 2

Dalam perlawanan pembukaan, menyaksikan Geek Fam menang 2-1 ke atas Signify dari India.

Perlawanan kedua pula kelihatan Geek Fam lebih mendominasi dengan markah 2-0, menewaskan X dari Singapura.

Mereka seterusnya mara ke semifinal selepas menewaskan tuan rumah sendiri Alpha Red dengan markah sama 2-0. Mereka akan bertemu TNC.Predator pula di pusingan semi-final hari ini!

Sementara itu, Lotac yang juga dianggotai oleh pemain veteran, Chong Xin Khoo (Ohaiyo), Ng Wei Poong (Yamateh), Kee Chyuan Ng (Chyuan), Marc Polo Luis Fausto (Raven) dan Nico Barcelon (eyyou) gagal mara ke semi final selepas tewas dengan TNC.Predator pada pusingan pertama dengan markah 1-2. Mereka bagaimanapun masih lagi mencari kedudukan selesa dengan kemenangan ke atas Signify dan perlu berdepan PnX|Indomitus dari Sri Lanka hari ini.

PUBG

Nasib bagi wakil negara untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) tidak begitu cerah pada hari pertama kerana mereka agak struggle dan merasakan sedikit sukar mendapatkan momentum. Selepas melalui lima pusingan di peta yang berbeza, mereka berada di kedudukan kedua terakhir selesai hari pertama kejohanan ini,

Asbol perlu mendapatkan rentak mereka kembali untuk mengumpul mata kill sebanyak mungkin kerana kejohanan ini menggunakan format yang berbeza dan memerlukan pemain bermain agak agresif untuk kekal dalam perlawanan.

Edisi Predator League APAC 2019 ini bukan saja mengumpulkan lebih banyak negara serata Asia tapi juga menawarkan wang tunai terkumpul lebih tinggi sebanyak USD250,000 (kira-kira RM1 juta)!

Bagi edisi kali ini yang diadakan di Bangkok, Thailand, ia mengumpulkan seramai 26 pasukan untuk Dota 2 dan PUBG.

Selain kedua e-sukan ini yang akan dipertandingkan di dalam stadium, juga ada konsert mini dari BNK48. Bagi korang yang berada di Bangkok, bolehlah mari ke Nimibutr Sport Building yang juga Stadium Nasional Bangkok bermula semalam hingga Ahad ini. Terdapat juga food truck dan cosplayer yang memeriahkan acara ini. 

Info lanjut boleh didapati di laman web Predator League dan livestreaming di Facebook Predator Gaming.