PS4 Pro Edisi Monster Hunter: World Rathalos Di Pasaran Malaysia Pada Januari 2018

By Hazril Md Nor | November 21, 2017

Lihatlah edisi baru Playstation 4 edisi Monster Hunter: World Rathalos ini. Garang dan sangat awesome! 

Bermula Januari tahun depan, Sony mengumumkan akan menawarkan PS4 Pro ini yang didatangkan dengan storan 1 TB dan ia juga limited edition untuk pasaran tempatan.

Menghiasi kerangka luar PS4 Pro itu ialah lakaran watak Rathalos yang sangat popular dalam siri Monster Hunter. Alat kawalan Dual Shock 4 turut hadir sama dengan warna merah dan rekaan yang bercirikan permainan itu.

Pengguna turut menikmati tema eksklusif PS4 selain game Monster Hunter: World dan akses di PS Plus selama tiga bulan.

Bagi peminat siri Monster Hunter, apa tunggu lagi simpan duit korang kerana ia akan ditawarkan pada harga RM2048, Januari ini.