PUBG Mencatatkan Penurunan Jumlah Pemain Di Steam – Pertama Kali Dilaporkan

By Hazril Md Nor | February 9, 2018

Buat pertama kalinya dalam sejarah Steam, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) mula menunjukkan penurunan bagi jumlah keseluruhan pemain di PC. Ya, game yang meletup dan popular sejak tahun lepas ni mula mencatatkan penurunan kepada 36,000 pemain saja yang online serentak sepanjang 30 hari lalu seperti dilaporkan Steam Charts.

Tapi sebelum kita jump to conclusion dan umumkan game ini akan ‘mati’, perlu diingatkan rekod PUBG masih kekal utuh dengan angka 1.5 juta pemain online pada dasarnya. 24 jam baru-baru ini turut mencatatkan 2.7 juta pemain jadi game takkan berdepan masalah dalam masa terdekat.

PENURUNAN dicatatkan. FOTO: Gamerevolution

Ada sebabnya kenapa pemain mula berkurangan. Ini kerana patch anti-cheat yang menghalang pemain daripada menggunakan program yang dicurigai untuk mengakses permainan itu. Ia juga kerana sejumlah besar pemain yang dikenakan ban pada Januari iaitu sebanyak 1 juta dan memberi kesan kepada carta ini.

Selain itu, PCGamesN juga melaporkan permainan seakan PUBG yang akan dikeluarkan oleh Tencent dan tertumpu kepada pasaran Asia mungkin menyebabkan pemain beralih angin. Penganalisa pasaran, Daniel Ahmad berkata, sudah lebih 9 juta pemain yang mendaftar untuk versi Tencent.

Fornite juga tak ketinggalan mencuri pemain PUBG kerana kelebihannya dikeluarkan hampir di kesemua platform. 

 

 

Sumber: Gamerevolution