PUBG Mobile: Apakah Lineup Baru Team Secret?

By Hazril Md Nor | January 9, 2020

Dalam dunia e-sukan, banyak organisasi yang suka bagi teaser pada peminat dan baru-baru ini, organisasi e-sukan Eropah, Team Secret juga ada mengacah.

Di Facebook Team Secret, mereka mengacah siapakah lineup baru mengikut nama yang tertera pada foto di bawah. Bagaimanapun, nama-nama ini adalah baru dan menurut sumber, mereka berempat sudah pun berlatih bersama dalam PUBG Mobile.

Disebabkan ramai peminat tertanya-tanya, maka ramailah yang membuat andaian dan meneka nama pemain tersebut di ruangan komen.

Ada yang mencadangkan nama seperti Hyqul dari VIP, pemain Thailand, Madtoi dari Illuminate, iSh0tz dan Zully dari Yoodo Gank yang akan menyertai satu-satunya pemain yang tinggal iaitu Secret BiuBiu.

Tidak kurang juga yang meneka bahawa Jumper (VIP) dan ManParang (Yoodo Gank) mahupun Fredo akan menyertai. Buat masa ini, tiada sebarang kata muktamad tapi bagi mereka yang mengikut stream pemain-pemain ini mungkin sudah kenal pasti siapa mereka.

Team Secret pastinya akan mengumumkan lineup ini dalam masa terdekat sama ada minggu ini atau minggu hadapan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.