PUBG Mobile: Arcadia Dianne raih tempat ketiga dalam kejohanan PUBGM Ladies Community Cup

By Hazril Md Nor | October 20, 2020

Pasukan PUBG Mobile wanita, Arcadia Dianne berjaya meraih tempat ketiga dalam kejohanan PUBGM Ladies Community Cup yang berlangsung baru-baru ini lantas membawa pulang RM800.

Kejohanan tersebut disertai oleh pasukan-pasukan wanita hebat lain seperti Hera, Axis Lunaastar dan ramai lagi. Ini membuktikan pasukan Arcadia Dianne yang baru ditubuhkan mampu memberi saingan kepada pasukan yang sudah menempa nama.

Skuad yang ditubuhkan pada 15 Julai lalu ini dianggotai oleh lima gadis:

  • Nur Alya Syafiqah M Razif (ARC丶AlyashCG)
  • Nurul Arina Abdul Rahman (ARC丶WienuckCG)
  • Nur Aliah Najwa Abu Kasim (ARC丶LieyaCG)
  • Batrishia Hidayah Mohamed Yusoff ( ARC丶BattyCG)
  • Fatin Athirah Fuzi (ARC丶TyaraCG)

Sementara itu, Hera peroleh tempat pertama dengan RM2,000 kemenangan, diikuti AROV VQ Faita dengan RM1,500 di tempat kedua.

Dalam kejohanan sama, ia turut disertai 128 pasukan wanita.

Bagi meraikan perkembangan pasukan ini dalam industri e-sukan, mereka juga memperkenalkan jersi baru “Fans Edition” untuk peminat. Peminat yang ingin mengikuti perkembangan mereka boleh ke laman Instagram @teamarc.my dan FB: Team Arc Esports.