PUBG Mobile: ‘Bertanding Ketika Bulan Ramadhan Memang Jadi Cabaran Dekat Sana’ – Junior Talent

By Hazril Md Nor | May 2, 2019

Muda-muda dah pergi ke luar negara, bukan untuk enjoy tapi untuk bawa harapan Malaysia!

Itu antara objektif empat anak muda, NorFarah Shahira Mohd Nizam (MissFarr), 22 tahun, Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity), 20 tahun, Muhammad Fikri Adli Md Nizam (Ngah), 20 tahun dan Izzat Abdul Aziz (Erynn), 19 tahun yang juga pemain PUBG Mobile negara di bawah pasukan Junior Talent.

Mereka akan bertanding bersama empat lagi pasukan negara iaitu ViP Squad, AROV Esports, Yoodo Gank dan Secret Genexsus dalam PUBG Mobile Club Open – Spring Split: SEA League, satu liga yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM107,980 selama lima minggu. 

Penulis sempat menemubual mereka bertanyakan pengalaman pertama kali berada di Shanghai, China ketika bulan Ramadhan.

 

Dari kiri: Trixnity, Ngah, Missfar, pengurus pasukan dan Erynn

 

MGO: Bagaimana perasaan korang selepas hadir ke Shanghai, China. Adakah ini pengalaman kali pertama dan bagaimana bentuk cabaran dialami? Contoh, makanan, komunikasi dan penyesuaian diri.

Jr. Trixnity: Kami berasa sangat teruja dan pada masa sama gementar kerana tak sangka mendapat peluang untuk mewakili Malaysia di Shanghai.

Ini merupakan pengalaman baru untuk skuad kami kerana dapat melancong dan juga bertanding sebagai satu pasukan kerana sebelum ini kami hanya bertanding di dalam negara jadi kami amat berbesar hati kerana mendapat peluang ini.

Mula-mula agak mencabar juga untuk membiasakan diri dengan cuaca dan keadaan di sini sebab agak berbeza dengan Malaysia tapi Alhamdulillah walaupun ia sejuk, kami dapat sesuaikan diri setakat ini.

Dari segi makanan dan komunikasi juga satu cabaran kerana kebanyakan makanan di sini tidak halal dan bahasa utama mereka pula adalah Bahasa Cina. Tapi kami bernasib baik kerana VSPN (penganjur PMCO) telahpun menyediakan makanan dan minuman yang halal untuk kami walaupun rasa dan cara masakan di China lain tetapi asalkan halal dan boleh telan.

Disebabkan Bahasa China merupakan bahasa utama di sini, The Gaming Co (TGC) telah melantik seorang pengurus untuk kami yang mahir berkomunikasi dalam Mandarin untuk memberi panduan dan berkomunikasi bagi pihak kami.

 

MGO: Macam mana korang semua berlatih? Ada bootcamp disediakan di sana? Bagaimana dengan elaun makanan, tempat tinggal dan sebagainya?

Jr. Erynn: Kami berlatih mengikut jadual yang disediakan oleh penaja kami iaitu TGC. Kami juga belatih untuk memahami peta game itu dengan lebih mendalam dan kami juga belajar bagaimana negara Indonesia dan Thailand corak permainan taktikal mereka. Di China , kami disediakan bootcamp di Holiday Inn dengan elaun makanan yang juga diberi oleh penaja kami sendiri untuk setiap orang dalam skuad kami.

Sebelum perlawanan bermula pada 8 Mei, kami ada masa sikit untuk rehat dan beriadah sebelum all out pada musim liga ini.

 

MGO: Apakah perasaan pertama kali berpuasa di negara China?

Jr. Ngah: Perasaan kami pertama kali akan berpuasa di luar negara ialah excited, gugup dan macam-macam lagi lah.. Yelah dengan cuaca yang sangat sejuk dan dalam masa yang sama  perlu menahan lapar dan perlu fokus untuk latihan jadi agak sukar.

Walaupun begitu, kami dah bersedia dari mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran ini.

Kami juga sudah sediakan kurma untuk dimakan pada sahur dan berbuka nanti. Jadi walau apa pun rintangan yang bakal kami hadapi, kami akan cuba sedaya upaya untuk puasa penuh.

Seterusnya dengan makanan halal yang agak sukar untuk cari dan masakan melayu kita yang memang tak ada jadi nak tak nak kena biasakan diri juga selama sebulan ini.

—-

PUBG Mobile Club Open – Spring Split: SEA League akan berlangsung bermula 8 Mei hingga 9 Jun ini dan mengumpulkan 24 skuad PUBG Mobile dari empat negara, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Indonesia berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM682,000.

Mereka akan ditempatkan dalam tiga kumpulan mengikut format League Round Robin. Juara dari setiap negara dan 12 skuad teratas akan mara ke SEA Spring Championship di Jakarta, Indonesia pada Jun.

Artikel berkaitan: 5 skuad ini bersedia kibar Jalur Gemilang di bumi Shanghai, China