PUBG Mobile kembali ke India – kini digelar Battlegrounds Mobile India

By Mike Hayate | May 7, 2021

Selepas sembilan bulan PUBG Mobile diharamkan di India, ia kembali ke India tetapi ditukarkan judul kepada Battlegrounds Mobile India.

Permainan mudah alih ini akan mempunya fungsi keselamatan dengan penambahan nombor telefon, had masa bermain dan juga in-game items yang dihadkan pembelian.

Sebelum ini PUBG Mobile diharamkan di India atas alasan privasi data pemain dibocorkan. Krafton akhirnya berjaya mecari penerbit tempatan untuk menyelia Battlegrounds Mobile India.

PUBG Mobile selama ini hanya diselia oleh Tencent untuk keluaran serata dunia. Tarikh pra-pendaftaran masih belum diketahui tetapi menurut Eksekutif PUBG India, Aneesh Aravind, tarikh pendaftaran akan hadir dalam masa terdekat.

Anda boleh menonton reler pengumuman di bawah.

Battlegrounds Mobile India bakal mempunyai ekosistem esports tersendiri di India bagi kejohanan dan liga. Versi ini disyorkan mempunyai kualiti bertaraf dunia untuk peranti pintar.

Ini bukan pertama kali PUBG Mobile menggunakan judul lain untuk negara tertentu. China juga menggunakan judul Game For Peace untuk PUBG Mobile di sana.. 

Sumber rujukan: IGN India