PUBG Mobile kini diharamkan di India

By Hazril Md Nor | September 3, 2020

Kerajaan India mengharamkan 118 lagi aplikasi yang dikatakan ada kaitan atau berasal dari China. PUBG Mobile, Alipay dan Baidu adalah antara aplikasi terkenal yang diharamkan. 

Sebelum ini, mereka sudah mengharamkan TikTok, WeChat dan lebih 50 lagi aplikasi China pada Jun dengan menyifatkan ada isu keselamatan dan privasi pada aplikasi tersebut.

Dikatakan aplikasi yang dikenakan ban ini menerima keluhan daripada pengguna mengatakan ia “mencuri dan menghantar data pengguna tanpa izin kepada pelayan (server) yang mempunyai lokasi di luar India,”. Ban ini seharapnya dapat melindungi data pengguna di peranti pintar dan Internet di negara itu.

Disebabkan ban ini adalah di peringkat kebangsaan, maka penggunaan VPN untuk mengakses aplikasi ini juga adalah dilarang.

Setakat ini, masih tiada berita jika pasukan India yang layak ke kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Selatan (PMPL) pada bulan ini akan bermain atau tidak. Atau jika kejohanan itu akan dibatalkan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.