PUBG Mobile Mempunyai 200 Juta Pemain, Setanding Dengan Fortnite

By Intan Mawarni | December 19, 2018

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) versi mobile kini mempunyai jumlah pemain sama seperti Fortnite. Wow.

Menurut The Verge, game mobile terbaik pilihan ramai di Google Play untuk tahun 2018 kini mencatat 200 juta pemain. Kedua-dua game battle royale ini ada kira-kira 30 juta pemain aktif.

Kami pernah melaporkan Fortnite baru sahaja mencapai angka tinggi 200 juta pemain pada 26 November, jadi mungkin ada ramai pemain baru yang tidak dikira masuk dalam catatan angka rasmi. Awal tahun ini, Fortnite dilancarkan di Android tetapi ia tidak dilancarkan melalui Google Play dan hanya boleh dimainkan untuk sesetengah telefon pintar Android

Kiraan pemain PUBG ini tidak termasuk dengan pemain di platform lain. Setakat ini, sebanyak 50 juta salinan dijual untuk versi PC dan konsol. Baru-baru ini, PUBG akhirnya dilancarkan di PS4 setelah beberapa tahun menjadi game eksklusif di Xbox One.

PUBG Mobile bakal menerima peta sejuk Vikendi pada 20 Disember ini setelah selepas seminggu dilancarkan di versi PC.