PUBG Mobile: Nikmati diskaun dan menang hadiah lumayan di minggu siber!

By Editorial team | November 26, 2020

PUBG Mobile mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang selalu menyokong mereka.

Mereka memperkenalkan hari minggu siber (Cyber week) kepada semua permain bermula 16 November sehingga 6 Disember ini.

Hari minggu siber ini sangat menarik kerana terdapat banyak freebies kepada pemain. Antaranya ialah:

Pada hari minggu siber ini, anda hanya perlu log masuk ke dalam permainan untuk menyertai cabutan bertuah Lucky Squad.

Empat pemain dari seluruh dunia akan dipilih untuk memenangi hadiah lumayan termasuklah AS$2500 (RM10,213.75), peranti mudah alih Oneplus 8T dan juga bayaran balik segala UC yang dibelanjakan di dalam event tersebut.

Dari 23 November sehingga 6 Disember, anda boleh menyelesaikan misi harian bagi mendapatkan kupon diskaun eksklusif dan juga mata siber. 

Mata siber tersebut boleh digunakan untuk menebus pakaian set emoji. Selain itu, pada 23 November hingga 29 November, anda hanya perlu log masuk untuk mendapatkan hadiah lumayan.

Di samping itu, anda akan mendapat UC tambahan setiap kali membeli UC. 

Akhir sekali, pada 25 November sehingga 1 Disember, cyber deal memberikan anda peluang untuk membeli pakaian seragam baru dengan diskaun sehingga 90% dan juga senapang baru dengan diskaun sehingga 70%.