PUBG Mobile: Pemain Yang Menipu Akan Kena Ban Selama 10 Tahun – Tencent

By Hazril Md Nor | May 28, 2019

Dalam mengatasi masalah hackers dan sebagainya, Tencent mengambil keputusan untuk menghukum pemain-pemain tersebut dengan ban selama 10 tahun. Perhatikan post di bawah.

Selain itu, pihak mereka juga menyenaraikan pemain yang sudah dikenakan ban tersebut. Korang boleh lihat di LINK ini.

Mereka juga menyarankan untuk menggunakan sistem laporan dalam permainan bagi sesiapa saja yang terserempak dengan hacker menggunakan aplikasi third party (bantu memenangi perlawanan).

Kata Tencent, sistem itu akan membantu mereka mengenal pasti data bukan saja untuk menangkap pemain itu ketika menggunakan hack tapi mengenalpasti jenis-jenis hack yang akan digunakan pada masa depan.

Lebih elok untuk ban hardware

Netizen juga mengatakan jika tiada ban dikenakan pada hardware (peranti), mereka boleh mencipta akaun baru dan menggunakan cheats tersebut lagi dan lagi. 

Buat masa ini, pasukan PUBG Mobile masih belum memberi alternatif selain daripada ban selama 10 tahun.