PUBG Mobile: Peta Bersalji Vikendi Bakal Tiba Akhir Disember Ini

By Intan Mawarni | December 18, 2018

PUBG di PC sudah dapat peta Vikendi. Bila giliran PUBG Mobile?

Peta dingin Vikendi adalah peta keempat yang bakal dimasukkan dalam PUBG Mobile. Di laman Twitter PUBG Mobile, mereka telah mengacah kehadiran peta ini dalam game mobile battle royale percuma terkenal ini.

Visual acah memperlihatkan pemandangan pertempuran baru dalam persekitaran cuaca sejuk – tasik dan dedaun pokok keras membeku termasuk peluang untuk menaiki kenderaan snowmobile.

Penambahan peta Vikendi akan termasuk sekali dengan upgrade patch baru! XDA Developers mendedahkan patch 0.10.0. akan meningkatkan mutu cross-server matchmaking iaitu memudahkan pemain untuk mengadakan match bersama kawan di server lain, boleh kumpul daily mission awards pada setiap hari dan juga kehadiran mod cuaca baru serta pertempuran Snow Fight!

Nak tahu apa lagi penambahbaikan dalam patch 0.10.0 PUBG Mobile, korang boleh baca di sini.

UPDATE: Menurut kenyataan rasmi, korang boleh bersedia untuk download peta baru dalam PUBG Mobile di Android dan iOS pada hari Khamis, 20 Disember pukul 8:00 pagi.