PUBG Mobile: “Saya Berbangga Dengan Prestasi Mereka Semua,” – ManParang

By Hazril Md Nor | October 27, 2019

Kapten Yoodo Gank, Aiman Amirul ‘ManParang’ Mohd Sahid melahirkan rasa syukur dan berpuas hati serta berbangga dengan prestasi semua ahli pasukannya atas kemenangan sebentar tadi di Selangor Cyber Games 2019 dalam kategori PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile).

“Prestasi mereka semua memuaskan. Saya berbangga terutamanya Draxx yang tidak dapat menyertai PMCO Fall Split atas faktor perlu melanjutkan pelajaran di universiti,” katanya.

Dia bersama empat lagi ahli, Mohamad Hafizi Baharudin (Geek), Abdul Azim Ikromi (Draxx), Raymond Tan Boon Sheng (iSh0tz) dan Mohd Zulfadli Abdul Rahman (Zully) membawa pulang pulang RM40,000 dalam kejohanan tahunan anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez ini.

Ketika ditanya apakah yang menjadi pembakar semangat mereka untuk memenangi kejohanan ini, kata Aiman, dia dan pasukannya ingin mengekalkan momentum yang ada.

“Kami betul-betul nak menang untuk mempertahankan kedudukan sebagai pasukan yang mempamerkan prestasi cemerlang.

“Pada hari kedua, kami menukar ahli kerana ingin memberi ruang kepada pemain simpanan menunjukkan kebolehan, bukannya atas faktor prestasi kurang memuaskan,” katanya.

Aiman juga berharap peminat dan penyokong Yoodo Gank agar memberi sokongan kepada mereka berlima sebagai persiapan untuk menghadapi PMCO SEA Finals di Bangkok pada dan 3 November ini.

Sementara itu, untuk kategori Dota 2, FIFA 20 dan Tekken 7 dimenangi oleh:

Tekken 7

DOTA 2

FIFA 20

Foto: ManParang / Facebook / E-Sukan