PUBG Mobile: Team SMG juara kejohanan #SquadUp, bawa pulang RM8,000

By Hazril Md Nor | August 9, 2020

Selepas bertarung selama dua hari dalam kejohanan PUBG Mobile #SquadUp, pasukan Team SMG akhirnya dinobatkan sebagai juara dan berjaya membawa pulang RM8,000.

Yang menariknya, ini adalah kejohanan e-sukan pertama IGN Southeast Asia (IGN SEA), sebuah portal permainan video yang sangat dikenali di Asia Tenggara. 

 

Dalam perlawanan tersebut, Team SMG berjaya mendominasi dengan empat Winner Winner Chicken Dinner dan meninggalkan dua pasukan lain iaitu AXIS NRL MPX dan Resurgence masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ini adalah senarai penuh pasukan yang menang hingga tempat keempat:

  • Team SMG: RM8,000
  • AXIS NRL MPX: RM4,000
  • Resurgence: RM2,000
  • Geek Fam: RM2,000
  • Tempat kelima hingga kelapan: RM1,000

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/872552536604674

Menurut laporan IGN SEA, Resurgence berjaya konsisten tempat lima teratas setiap perlawanan tapi pasukan Team SMG berjaya konsisten selepas memenangi pusingan ketujuh dan kesepuluh.

Kejohanan ini dibawa oleh IGN SEA dan Youtube, dikuasakan Samsung Galaxy A51 | A71 dan dijanakan oleh McDelivery.

Saksikan perlawanan penuh hari pertama dan kedua di saluran Youtube TV3 Malaysia dan setiap highlight juga boleh disaksikan di sana.