PUBG Mobile: Y2K dan IronPRO tidak lagi bersama RSG

By Hazril Md Nor | December 8, 2020

Dua pemain profesional PUBG Mobile negara, Muhd Mukhriz Lutfi Fariq Adlan (IronPRO) dan Jay Lim Jarn Jiang (Y2K) tidak lagi bersama organisasi e-sukan Singapura, RSG.

Kedua pemain ini sudah bersama RSG bagi dua musim sejak 2019. RSG juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana dedikasi dan kerja keras untuk pasukan ini.

“Semoga berjaya di masa hadapan. Perjuangan anda dan memori yang dibina bersama tidak akan kami lupakan,” tulis kenyataan itu.

Buat masa ini, tiada pengumuman siapa pemain ganti untuk kedua pemain tersebut.

Foto: RSG