PUBG Mungkin Dilancarkan Di PlayStation 4 Menurut Lembaga Penapisan Video Game Rasmi Di Korea

By Intan Mawarni | September 20, 2018

Setelah hampir setahun dilancarkan secara eksklusif di Xbox, kini ada ura-ura yang menunjukkan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) bakal tiba di PlayStation 4 (PS4) menurut dari pemerhatian Eurogamer terhadap senarai lembaga penapisan video game rasmi di Korea.

Meskipun ini adalah sekadar khabar angin (tapi kelihatan benar), berita ini tidaklah begitu mengejutkan kerana kemungkinan besar kontrak eksklusif antara PUBG Corp. dan Microsoft mungkin hampir berakhir.

Ini adalah satu berita buruk bagi Microsoft kerana PUBG merupakan salah satu game khas dilancarkan untuk Xbox One dan PC. Korang juga boleh lihat pelbagai kempen eksklusif untuk PUBG dan Xbox One sudah banyak digempar-gempurkan termasuk bundle konsol Xbox One eksklusif untuk PUBG.

Walaupun PUBG mula disertakan untuk Xbox One sejak diumumkan pada E3 2017, PUBG dilancarkan di Xbox One melalui Xbox Game Preview iaitu satu program ala-ala ‘early access‘ di PC yang mengalu-alukan game developer untuk lancarkan game separa siap kepada pemain untuk bermain terlebih dahulu dalam beta test sebelum game siap dilancarkan sepenuhnya.

Setelah setahun berada di Xbox One, pemain akhirnya boleh bermain game penuh PUBG pada awal bulan September ini dengan update 1.0.

Oleh kerana PS4 tiada program untuk memainkan game early access, PUBG Corp. tiada pilihan lain untuk melancarkan game siap dan stabil jika mahu keluarkan di PS4. 

Peletakkan harga untuk PUBG di PS4 mungkin menjejaskan mereka kerana harus bersaing dengan game Battle Royale percuma seperti Fortnite dan H1z1.

Setakat ini, PUBG sudah berada di PC, Xbox One, mobile dan mungkin seterusnya di PS4. Tup-tup nanti, PUBG bakal keluar di Nintendo Switch pula seperti Fortnite. Yalah kan… manalah tahu.

Sumber: Engadget