PUBG Terjual Sebanyak 50 Juta Unit, Berjaya Kumpul 400 Juta Pemain

By Hazril Md Nor | June 20, 2018

Permainan popular Battle Royale, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kini mengumpulkan seramai 400 juta pemain di kesemua platform (konsol, PC dan peranti pintar). Angka itu termasuk 50 juta salinan terjual di Windows PC dan Xbox One.

Ini bermakna sekitar 350 juta pemain ini memainkan permainan ini di peranti pintar. Seperti diketahui ramai, PUBG sedia dimainkan di Android dan iOS secara percuma.

Mengikut pengumuman daripada PUBG Corp, PUBG menarik lebih dari 87 juta pemain setiap hari di semua platform dan 227 juta pemain sebulan.

Pada Mac, pencipta PUBG, Brendan Greene berkata di Persidangan Game Developers yang permainan Battle Royale ini terjual sebanyak 40 juta unit dalam setahun pertama dikeluarkan.

PUBG versi di PC juga akan melancarkan peta tropika pertama iaitu Sanhok pada 22 Jun. Baca di SINI.

Sumber: Polygon