Quake akan terima Horde Mode tahun ini

By Taib Mohamed | December 6, 2021

Sebelum ini, Bethesa hanya melancarkan versi yang diperbaharu Quake dengan penambahbaikan visual pada Ogos baru-baru ini. Penantian peminat sejati Quake untuk kandungan baru kini berakhir buat masa ini.

Bethesda baru-baru ini mengumumkan mereka akan melancarkan kandungan baru buat peminat permainan FPS itu iaitu Horde Mode. Kemaskini itu dikatakan akan tiba Khamis ini, bersama-sama beberapa penambahbaikan permainan yang lain. 

Horde Mode merupakan mod dimana pemain bermain secara kerjasama sehingga empat pemain menumpaskan musuh dan pelbagai bos. Horde Mode juga akan didatangkan dengan empat peta baharu.

Quake Remastered kini tersedia di Epic Games Store dan Steam untuk pemain di platform PC. 

Sumber: Polygon