Qualcomm dan Razer hasilkan peranti ‘handheld’ baru

By Taib Mohamed | December 2, 2021

Sempena Qualcomm Summit 2021 tahun ini, Qualcomm memperkenalkan beberapa cip pemprosesan baharu antaranya Snapdragon G3x Gen 1. Kini Qualcomm sudah mula melangkah ke dalam dua permainan dengan menghasilkan peranti permainan mudah alih.

Razer Snapdragon G3x Gen 1 Developer Kit adalah sebuah peranti permainan berasaskan Android OS di mana anda boleh main permainan Android dan strim permainan atas awan atau daripada PC/konsol.

Berikut ialah spesifikasi Razer Snapdragon G3x Gen 1 Developer Kit:

  • Cip pemprosesan: Snapdragon G3x Gen 1
  • GPU Qualcomm Adreno yang mampu mainkan permainan hingga 144FPS
  • Skrin 6.65 inci OLED HD+ penuh, dengan paparan 120Hz.
  • Kamera hadapan 5MP 1080p60 dengan dua mikrofon
  • empat pembesar suara
  • penyejuk aktif
  • menyokong Wifi 6 dan 6E, serta sokongan 5G mmWave dan Sub-6
  • Sambungan USB-C yang menyokong sambungan paparan luar atau aksesori XR

Namun, buat masa ini peranti ini masih belum dijual di pasaran, tetapi hanya kit untuk pembangun, di mana pembangun permainan boleh memohon daripada pihak Qualcomm. 

Tarikh pelancaran versi untuk pengguna awam mungkin akan diumumkan pada masa akan datang.

Mungkin Razer Snapdragon G3x Gen 1 Developer Kit akan menjadi saingan buat Nintendo Switch pada masa akan datang, selain Steam Deck yang akan dilancarkan pada awal tahun depan. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA