Ramai pemain Dota 2 tidak puas hati cara Valve menjual Arcana baharu

By Mike Hayate | December 17, 2021

Ramai pemain Dota 2 membuat protes atas keputusan Valve untuk jarang menjual Arcana di Store tetapi menggunakan Battle Pass untuk mengunci Arcana baru di sebalik Battle Pass.

Ini menyebabkan harga Arcana boleh melambung dan lebih mahal daripada biasa.

Kebelakangan ini Arcana hanya boleh didapati dari Battle Pass sahaja.

Arcana adalah antara barang kosmetik paling jarang untuk didapati dalam Dota 2.

Kosmetik Arcana selalunya akan menambah penyesuaian kosmetik yang sangat meluas dari penukaran efek particle, animasi, ikon, bunyi dan pelbagai lagi.

Seorang pengguna Reddit u/kingofthehill7211 juga menyatakan rasa tidak puas hati tentang perkara ini.

“Sebagai seorang dari negara dunia ketiga, harga untuk mendapatkan Arcana adalah 500-700R$ (mata wang Brazil) yang bersamaan 89 sehingga 124 AS$ untuk level battle pass,”

Beberapa tahun lepas, Arcana adalah salah satu kosmetik Dota 2 paling ditunggu dan ramai orang masih mampu untuk dibeli dalam linkungan harga AS$30 atau RM130.

Sebagai contoh, untuk mendapatkan Arcana Spectre baru-baru ini anda perlu mengeluarkan lebih kurang ASD$100 atau RM400 semata-mata untuk mendapatkan Arcana.

Ada pemain yang berang dengan Valve mengenai perkara ini.

Nemestice adds new battle pass with Spectre Arcana, Davion skin - WIN.gg
Arcana Spectre

Malah Arcana Windranger juga dikunci sebalik level Battle Pass.

Dota 2 - Compass of the Rising Gale | WindRanger Arcana
Arcana Windranger

Bukan sahaja Arcana tetapi Personas juga dikunci disebalik Battle Pass.

Dota 2's Anti-Mage Persona is here!
Wei – Persona Anti Mage

Personas adalah satu kosmetik yang mengubah terus model satu hero di dalam Dota 2.

Setakat ini hanya lapan Arcana sahaja yang boleh dibeli di Store tetapi Arcana yang lain tidak lagi boleh dibeli kerana hanya boleh didapati di dalam Battle Pass sahaja.

Dengan keluarnya Arcana Drow Ranger baru-baru ini, Arcana Drow hanya boleh didapati dengan pembelian level Battle Pass dan tidak dijual di Store.

Adakah anda mahu mengeluarkan duit lebih banyak ke Battle Pass semata-mata untuk Arcana?