Rasa malas bila main game? Jepun dah cipta produk ini untuk anda..

By Mike Hayate | February 11, 2022

Jepun sentiasa mempunyai cara untuk membuat ada terkesima dengan produk-produk mereka.

Dibuat oleh Thanko, mereka sudah mengeluarkan satu produk untuk memudahkan anda merehatkan kepala ketika bermain permainan video.

Digelar Lying Face Down Sleep Cushion Z atau Kusyen Tido Baring dan Letak Kepala Z.

Bukan sahaja bermain permainan video malah anda boleh menggunakan untuk melihat telefon atau tablet dan membaca buku juga lebih mudah.

Boleh dikatakan ini adalah permintaan orang yang malas ketika bermain permainan mudah alih.

Sebenarnya ini bukalah produk yang pertama, tetapi apa yang membuatkan produk ini unik adalah bersama kusyen dan tempat merehatkan kepala yang lebih baik.

Produk ini adalah untuk anda di luar sana yang tidak mahu menanggung berat kepala anda dan sebaliknya hanya boleh meletakkan kepala anda di kusyen itu.

Thanko juga terkenal dengan membuat produk persisian pelik tetapi produk kusyen ini tampak sangat berguna.

Lying Face Down Sleep Cushion Z setakat ini hanya dijual di Jepun dengan harga 6,980 yen atau (RM240).