[RASMI] Kejohanan Dunia Mobile Legends Akan Dianjurkan Di Axiata Arena Pada 11 Hingga 17 November Ini

By Hazril Md Nor | July 18, 2019

Dalam persidangan Moonton Epicon 2019 diadakan buat pertama kalinya di Malaysia, Moonton mengumumkan Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang akan dianjurkan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 11 hingga 17 November ini!

Kejohanan itu yang juga dikenali sebagai M1 akan menyaksikan 16 pasukan daripada 14 negara berentap untuk menjadi juara dunia merebut hadiah kemenangan USD250,000 (RM1.02 juta). Moonton juga berkata penstriman langsung akan dibuat menerusi Youtube.

[Kemaskini]: Peringkat kumpulan akan diadakan pada 11 November hingga 14 November dan playoffs pula pada 15 November hingga 17 November.

Mengikut pecahan pasukan yang mewakili negara masing-masing, Asia Tenggara bakal menghantarkan pasukan paling ramai:

2 pasukan: Indonesia, Malaysia dan Filipina.

1 pasukan: Kemboja, Singapura, Myanmar, Vietnam, Thailand & Laos dan Jepun.

Eropah pula akan diwakili oleh Russia dan Turki masing-masing dengan satu slot.

Manakala bagi benua Amerika Utara dan Selatan pula, Amerika Syarikat dan Brazil akan mewakilkan satu pasukan.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.