Ratchet & Clank: Rift Apart akan menonjolkan ray-tracing dan kepantasan SSD di PS5

By Burhanudin Zamri | June 11, 2020

Sudah empat tahun berlalu sejak pelancaran terakhir dari siri Ratchet & Clank yang terkenal sebagai salah satu francais popular PlayStation. Kedua-dua watak tersebut bakal kembali di konsol generasi seterusnya buatan Sony.

Di pembentangan PS5: The Future of Gaming, Insomiac Games mengumumkan sekuel terbaru Ratchet & Clank iaitu Ratchet & Clank: Rift Apart. Ia bakal dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 5 (PS5).

Marcus Smith, Pengarah Kreatif di Insomniac Games, menyatakan bahawa teknologi PS5 membolehkan pembangun untuk melakukan perkara baharu seperti teknik pencahayaan ray-tracing dan lompatan antara dimensi secara hampir serta-merta.

Pada waktu ini, tiada tarikh pelancaran diberikan untuk judul ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.