Razer Akan Melancarkan Kishi, Satu Mobile Gamepad Baru

By Hazril Md Nor | January 8, 2020

Di Persidangan Inovasi Global (CES 2020) baru-baru ini, Razer mengumumkan Razer Kishi, satu mobile gamepad yang mempunyai reka bentuk seakan Switch punya Joy-Con.

Kishi memberikan sokongan kepada lebih banyak peranti. Ia boleh disambung kepada bahagian tepi telefon pintar dan sambungkannya ke USB-C atau Apple Lightning connector bergantung kepada model Kishi.

Jika disambungkan secara terus ke telefon, controller ini sepatutnya menggunakan latency rendah dan jika anda di Android, ia berkesan dengan servis cloud gaming seperti xCloud dan Stadia.

Kishi juga tidak perlu dicaj berasingan sebaliknya ia menggunakan tenaga dari peranti pintar. Jika anda ingin caj telefon ketika bermain game, Kishi mempunyai port caj yang boleh berbuat demikian.

Controller ini mempunyai layout yang tipikal contohnya, dua thumb sticks, butang pergerakan, butang ABXY dan dua atau empat butang di sisi (seperti R1 L1). Kishi juga akan menyokong permainan yang menerima sokongan mobile controller Android dan kesemua permainan iOS yang menyokong Controller MFi.

Kishi akan dilancarkan pada awal 2020 dan mungkin berharga RM440+.

(Foto: CNET)