Realme Anjur Kejohanan PUBG Mobile Dari 28 Hingga 30 April 2020

By Burhanudin Zamri | April 24, 2020

Untuk memeriahkan lagi suasana e-sukan di Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Realme akan mengadakan sebuah kejohanan PUBG Mobile bernama Realme 6 Tournament.

Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Penyertaan dibuka dari sekarang sehingga 27 April 2020 dan jika berminat, anda boleh daftarkan diri anda di sini. Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah RM10,000!

Realme 6 Tournament akan bermula pada 28 April 2020 pada waktu 10AM. Mod permainan ialah mod solo dan para peserta akan bermain dalam tiga pusingan. 16 pemain terbaik dari setiap pusingan akan layak ke peringkat seterunsya. Enam pusingan Grand Final akan diadakan pada 30 April 2020.

Semua peraturan kejohanan ini boleh dibaca di sini. Berikut adalah hadiah-hadiah kemenangan Realme 6 Tournament:

  • Johan – RM2,500 dan telefon pintar Realme 6
  • Naib johan – RM1,500
  • Tempat ke-3 – RM1,000
  • Tempat ke-4 – RM800
  • Tempat ke-5 – RM600
  • Tempat ke-6 – RM550
  • Tempat ke-7 – RM500
  • Tempat ke-8 – RM450
  • Tempat ke-9 – RM400
  • Tempat ke-10 – RM350
  • Tempat ke-11 – RM300
  • Tempat ke-12 – RM250
  • Tempat ke-13 sehingga ke-16 – RM200

Livestream untuk kejohanan ini akan disiarkan melalui laman Facebook Realme Malaysia. Jika anda rasa anda seorang pemain PUBG Mobile yang handal, sertai kejohanan ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.