Resident Evil 2 Mengambil Masa 10 Jam Untuk Dihabiskan Bagi Setiap Campaign

By Hazril Md Nor | January 17, 2019

Ada seminggu je lagi sebelum Resident Evil 2 akan dilancarkan.

Nampaknya, Capcom tak ingin peminat terus tertanya-tanya sebaliknya pengarah, Kazunori Kadoi dan produser, Yoshiaki Hirabayashi menjawab soalan peminat permainan itu berkaitan berapa lama masa perlu dihabiskan untuk menamatkan kembara Leon dan Claire.

Kata mereka, setiap kempen akan mengambil masa sekitar 10 jam untuk Leon S. Kennedy dan Claire Redfield. Bagaimanapun, disebabkan ada perkongsian plot antara kedua protagonis ini, korang boleh jangka yang playthrough kedua adalah lebih cepat berbanding yang pertama.

Untuk korang yang belum tahu, Capcom juga mengatakan plot kali ini tak akan sama sepenuhnya seperti asal dan mereka ingin memberikan pengalaman naratif lebih mendalam. Tapi janganlah risau, mereka juga mengatakan ia akan mengikut struktur plot asal.

 

Semestinya bagi pendatang baru, ia akan memberikan pengalaman berlainan kepada mereka dan untuk peminat veteran, ini adalah satu lagi permainan RE yang korang patut cuba nanti. Tambahan lagi apabila HUNK dan Tofu juga boleh dimainkan dalam mod bonus campaign nanti, baik cakap siapa yang tak excited!

Sumber: GameRant