Resident Evil 8 – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

By Hazril Md Nor | January 2, 2018

Tak lama selepas pelancaran Resident Evil 7, Executive Producer, Jun Takeunchi mengesahkan Capcom sudah pun dalam pelan untuk sambungan seterusnya iaitu Resident Evil 8. Dan semestinya, RE8 masih dalam peringkat awal pembangunan, Takeuchi belum mendedahkan apa-apa maklumat mengenainya. 

Resident Evil 7 masih belum sampai setahun dilancarkan dan Resident Evil 2 remake dalam proses jadi mungkin beberapa tahun lagi baru kita tahu berita terbaru untuk Resident Evil 8. Tapi DLC tambahan terbaru yang dimuatkan dalam Resident Evil 7 Gold Edition ada memberi sedikit klu kepada peminat. 

Panggilan Telefon Untuk Chris

Sedikit klu yang boleh diambil kira ialah apa yang berlaku pada akhir Not A Hero DLC. Selepas Chris Redfield menewaskan Lucas Baker yang mengalami mutasi, dia diberitahu oleh Umbrella terdapat panggilan untuknya harus dijawab di kem. Ini menunjukkan panggilan itu sangat penting dan perlu dirahsiakan melainkan tak ada sebab untuk Chris tak menjawab panggilan itu di rumah agam keluarga Baker.

Kemungkinan sesiapa saja yang ingin berhubung dengan Chris akan menyiapkan veteran itu dalam misi seterusnya yang mungkin akan menjadi plot untuk RE8. Ketika kejadian Resident Evil 7 dan DLC Not A Hero, kita mendapat tahu Chris mahu tak mahu bekerja dengan Blue Umbrella untuk misi ini untuk dipanggil semula berkhidmat di BSAA ataupun dihantar ke operasi yang ditaja oleh Umbrella.

Ataupun mungkin juga, panggilan telefon itu daripada Ethan Winters yang menghubungi Chris bertanya pasal Zoe Baker. Tapi mengikut ton suara daripada panggilan Blue Umbrella itu, ia adalah sebaliknya.

The Connections

Lucas Baker bukan saja seorang psychopath yang suka menyeksa orang dengan perangkap. Lucas juga sedang bekerja untuk organisasi dipanggil The Connections, yang mengambil alih tempat Umbrella sebagai syarikat evil science dalam francais itu.

Makmal Connections dibina dalam lombong bawah tanah yang diteroka oleh Chris dan unit pasukannya dalam DLC Not A Hero. Lucas boleh ditemui dalam lombong ini, gigih melaksanakan eksperimen dan cuba menghantar maklumat mengenai Evie (bioweapon) kepada The Connections. Tapi malangnya kita tak tahu siapa orang itu dan mungkin hanya didedahkan dalam Resident Evil 8.

End Of Zoe

Dalam DLC ini, kita mengetahui nasib Zoe Baker selepas ditukar menjadi kepompong kristal oleh Eveline. Zoe bagaimanapun selamat lepas dapat penawar daripada bapa saudaranya. Selepas Joe Baker membunuh abangnya sendiri yang dah tak boleh diselamatkan dan bertukar kepada Swamp Thing, reinforcement dari Umbrella akhirnya datang termasuk Chris Redfield.

Chris menyerahkan telefonnya kepada Zoe, mendedahkan pertolongan Ethan daripada awal untuk selamatkan perempuan malang itu. Kisah Resident Evil 7 berakhir dengan happy ending, kesemua isu karakter utama diselesaikan. Kita tak mungkin dapat saksikan kemunculan karakter ini dalam 8, tapi semestinya Chris sentiasa terkecuali.

Kesimpulannya, sementara peminat menunggu berita terkini untuk Resident Evil 8, kita boleh cuba bermain dulu Resident Evil 2 remake yang akan dilancarkan nanti. Harap-harap keluaran kelapan nanti terus kekal dengan elemen surival-horror tapi penulis sangat harapkan Capcom menukar format kepada third-person kembali.

Tak syok lah kalau tengok Chris bantai zombi dan raksasa Molded tu dalam perspektif first-person! Setuju?