Retrospektif: Kejatuhan Heroes of Newerth – MOBA yang sepatutnya menjadi Dota 2

By Mike Hayate | July 22, 2021

Dunia permainan video Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) kini didominasi oleh Dota 2, League of Legends dan untuk peranti mudah alih pula seperti Mobile Legends, Arena of Valor dan lain-lain.

Heroes of Newerth yang dikatakan sepatutnya menjadi Dota 2 tetapi permainan video ini gagal untuk mendapatkan kejayaan besar.

Jom kita lihat mengapa Heroes of Newerth (HON) gagal untuk menarik peminat genre MOBA dan akhirnya cuma menjadi MOBA yang dilupakan.

Server HON masih belum ditutup dan kemas kini yang masih ada sekarang hanya untuk beberapa pertukaran keseimbangan hero dan item sahaja.

1. Sejarah Heroes of Newerth

HON dicipta oleh S2 Games dan memasuki beta pada April 2009 sebelum menjadi pelancaran berbayar pada 12 Mei 2010 dan akhirnya bertukar menjadi permainan video percuma pada 29 Julai 2011.

Pada tahun 2015 pula, Heroes of Newerth menukarkan pembangunan permainan dari S2 Games ke Frostburn Studios.

Heroes of Newerth menggunakan konsep Legion berlawan dengan Helbourne. Pemain perlu mengalahkan pemain lawan dengan menghancurkan the World Tree (Legion) atau Sacrificial Shrine (Helbourne).

Permainan ini banyak menggunakan hero-hero dari Dota dan juga penambahan hero-hero mereka tersendiri.

2. Pelancaran yang tidak meyakinkan

Ketika ini konsep perniagaan permainan video percuma masih baru. Tidak banyak syarikat permainan video mahu menggunakan sistem perniagaan permainan percuma. Masih belum ada lagi formula untuk perniagaan seperti ini.

Untuk bermain HON pemain perlu membeli HON untuk mendapatkan akses beta tertutup.

Hal ini nyata menyukarkan peminat MOBA apabila HON keluar setahun selepas League of Legends yang percuma untuk semua orang.

HON akhirnya terpaksa akur dengan konsep permainan video percuma dan menjadi percuma untuk semua orang pada tahun berikutnya bagi menarik lebih ramai pemain.

Untuk pemain yang sudah membeli HON sebelum ini, mereka akan mendapat semua akses dan muat turun baru tanpa perlu membeli hero baru.

Pemain baru pula hanya akan mendapat 15 hero percuma sahaja seminggu yang akan bertukar mengikut rotasi.

Untuk menggunakan hero lain pemain perlu memberlinya di shop di dalam HON.

Disebabkan kemajuan yang terlalu perlahan untuk mendapatkan hero, pemain-pemain HON yang ada sebaliknya bertukar ke League of Legends atau Dota 2 pada tahun 2011.

3. Dianggap klon Dota (Warcraft 3)

HON tidak bermula dengan free to play. Pemain perlu membeli HON terlebih dahulu untuk mencuba HON dengan harga AS$30.

Pada ketika ini, orang menanggap HON cuma klon Dota dan tidak percuma. Jadi peminat Dota tiada insentif untuk berpindah ke HON atas alasan “Mengapa perlu membeli permainan video yang sama dengan Dota?”

Bagi League of Legends pula mereka berada di dalam keadaan yang lebih baik.

Penggunaan item juga hanya sama dari dota dan penambahan item-item baru ditambah untuk menjadikan HON berbeza. Tetapi kebanyakannya tidak memberi impak yang besar.

Old Map And Old Times - Suggestions - HoN Forums

Boleh dikatakan League of Legends berada di kedudukan dan masa yang tepat untuk orang mencuba. League of Legends adalah sangat mesra untuk pemain baru, dengan rupa league yang boleh dikatakan lebih cantik dan comel.

Paling penting ketika ini League of Legends adalah percuma untuk dimainkan.

4. Kedatangan Dota 2

Dota 2 hadir pada tahun hujung tahun 2011 dan pemberian beta key besar-besaran pada tahun 2012. Ia menjadi penyebab utama pemain-pemain HON berpindah ke Dota 2.

Apatah lagi apabila Dota 2 diumumkan dan pemain hanya perlu mendapatkan beta key untuk Dota 2.

Beta key Dota 2 pula mudah untuk didapati kerana pemain-pemain Dota 2 yang lain boleh mendapatkan beta key lebih dan memberi kepada kawan-kawan yang lain.

Valve pula adalah syarikat permainan video yang dikenali ramai dan Valve juga berjaya mendapatkan bantuan IceFrog untuk Dota 2.

HON pula mempunyai banyak hero-hero dari Dota yang asal. Bagi hero Dota pula HON hanya membuat penukaran rupa dan suara sahaja dan skill selebihnya adalah sama pada mulanya.

5. Tiada kemaskini memberangsangkan

S2 Games sudah banyak mencuba untuk menghidupkan kembali HON, namun mereka tidak berjaya untuk menarik lebih banyak pemain. Pada masa ini HON sudah terlambat untuk membuat apa-apa.

Malah kemas kini HON 3.0 juga tidak berjaya menyelamatkan HON. S2 Games menjual HON kepada Garena untuk meneruskan legasi HON dibawah Frostburn Studios.

Namun Frostburn Studios hanya mengeluarkan beberapa hero baru dan ada antaranya tidak mendapat sambutan dan kekurangan minat. Pada tahun 2019 HON mengumumkan kemas kini besar terakhir untuk HON.

Apa-apa sahaja kemas kini selepas itu hanya adalah penukaran kecil sahaja.

Konklusi

Walaupun Heroes of Newerth boleh dikatakan sudah ‘mati’ tetapi masih terdapat beberapa peminat setia yang masih bermain HON.

Kemas kini baru yang ada untuk HON hanya untuk meneruskan permainan itu.

HON berjaya melahirkan beberapa atlet Dota 2 yang besar seperti NoTail, Fly, KheZu dan juga ninjaboogie.

Bekas-bekas pemain HON ini kini sudah berjaya di dalam Dota 2 dan dikenali oleh ramai peminat Dota 2 di serata dunia.

Pemain-pemain HON ini dulu pernah bermain HON secara profesional dan kini mendominasi beberapa landskap Dota 2.

Disebalik cerita sedih dan kejatuhan, HON sudah menjadi antara MOBA terawal yang berjaya menarik minat peminat MOBA dan juga menjadi antara permainan video terawal yang popular selepas Dota (Warcraft 3).