[Review]: Shai kini dapat dimainkan secara percuma di Black Desert Mobile

By Editorial team | April 4, 2021

Adakah anda mencari sebuah permainan di peranti mudah alih yang mempunyai visual yang sangat cantik dan ingin bermain bersama kawan-kawan? Itulah perasaan yang saya dapat setelah saya meluangkan masa di Black Desert Mobile, permainan mudah alih MMORPG Black Desert Online yang popular dari Pearl Abyss.

Pengalaman yang saya dapati di sini dari segi permainan dan persembahan menjadikannya sesuatu koleksi yang baik di koleksi MMORPG mudah alih yang terus berkembang.

 

PENGUBAHAN KARAKTER

Setelah anda masuk ke dalam permainan, anda akan dapat memilih watak dari 15 watak yang anda gemar.

Selain daripada itu, anda akan dapat mengubah struktur muka, tangan, kaki dan lain-lain anggota tubuh badan watak yang anda minati.

Black Desert Mobile menawarkan banyak pilihan untuk anda tukar wajah watak anda, dari bulu mata sehinggalah warna mata watak anda. Ia memberikan kepuasan bagi mereka yang sangat kreatif dalam membentuk satu wajah yang sangat menarik untuk dilihat.

 

TUTORIAL

Selepas minit (atau jam) yang anda habiskan untuk membuat pengembaraan, anda tiba di dunia Black Desert.  

Untuk pemain yang baru mencuba, ada tutorial yang dibuat dengan baik untuk mengajar anda selok-belok permainan.

Dengan jumlah kandungan yang ada, ada baiknya melihat pembangun meluangkan masa untuk membuat bahagian tutorial yang difikirkan dengan baik. 

 

QUESTING

Terdapat banyak kandungan MMORPG untuk dinikmati. Antaranya ialah questing, anda mempunyai garis pencarian utama khas di mana anda akan membantu NPC berbeza bersama dengan banyak permintaan sampingan.

Anda hanya perlu tekan di quest bar tersebut dan watak anda akan bergerak dengan sendirinya untuk melakukan quest tersebut dengan menggunakan fungsi autoplay. 

Bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk bermain permainan ini, ianya adalah satu fungsi yang berkesan untuk menjimatkan masa. Segala quest yang dibuat telah diatur dengan teliti oleh pihak Pearl Abysss bagi mengelakkan anda berasa bosan.

 

CAMP

Anda juga mempunyai khemah untuk dikendalikan, yang menyediakan sumber berguna sepanjang perjalanan anda.

Sekiranya anda memerlukan rehat sementara dari gerombolan raksasa dan orang-orang yang meminta pertolongan, anda boleh memancing, mencari makanan, dan menebang pokok untuk mengumpulkan sumber. 

Selain itu, anda akan dapat menempa senjata, baju kebal, sarung tangan dan pelbagai lagi jenis kelengkapan di dalam khemah tersebut, anda juga akan dapat menanam tumbuhan bagi mendapatkan makanan untuk pekerja anda yang akan berkerja untuk anda.

Anda boleh menghantar pekerja anda untuk mendapatkan kayu, emas, gangsa dan sebagainya. Barang-barang tersebut akan digunakan untuk menambah baik khemah anda ke peringkat yang seterusnya.

 

ARENA

Terdapat mod arena PVP juga jika itu menarik minat anda.  

Saya tidak akan mengesyorkan pertempuran automatik di dalam mod arena. Walaupun watak anda cukup kuat, mod automatik ini boleh membuatkan anda membuang segala skill yang ada dan tidak dapat menggunakan watak anda secara full potential.

Anda perlu bergerak di sekitar medan perang dan memilih serangan anda dengan bijak jika anda ingin bertahan dalam pertempuran tertentu.

Selain itu, terdapat juga mod perang beramai-ramai untuk mempertahankan base masing-masing. Mod ini dikenali sebagai node war, anda akan berpeluang untuk membuat satu pasukan yang terdiri daripada 40 orang pemain di bawah satu guild yang sama.

Anda perlu menghancurkan base lawan bagi memenangi perlawanan tersebut. Ianya memerlukan strategi yang cekap serta corak permainan yang diatur dengan baik oleh seorang guild leader bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

 

KEMASKINI PATCH [23 MAC]

Black Desert Mobile telah mengeluarkan kemaskini yang terbaru bagi memberi laluan kepada watak yang terbaru Shai untuk anda semua cuba. 

Menurut pembangun Pearl Abyss. Shai ialah seorang watak yang menggemaskan, yang suka memburu orang jahat. Shai menggunakan Vitclari, yang berisi kekuatan alam dan menyerang mushnya menggunakan Florang raksasa. 

Shai merupakan kelas yang sudah mencapai tahap ascension apabila dimainkan. Semasa pertama kali dibuat, Shai mempunyai 4 kemahiran yang tidak terkunci.

Selepas level 10, baki kemahirannya akan dapat dibuka melalui misi. Untuk mengakses misi kemahiran Shai, anda harus menyelesaikan misi utama “The Boss, Red Nose” dan selepas itu “Tales of Power: Shai” akan tersedia. Anda mesti menyelesaikan “Tales of Power: Shai” bagi mengakses segala kemahiran yang ada.

 

PENDAPAT

Black Desert Mobile merupakan permainan yang harus dicuba bagi semua peminat jenis MMORPG di luar sana. Ia memberikan anda peluang untuk mengembara di dalam dunia Black Desert yang mempunyai pelbagai kandungan untuk anda ceburi.

Setiap kandungan dikeluarkan akan membuatkan anda leka dan tidak sabar untuk menantikan konten yang seterusnya dari pembangunan permainan mudah alih ini. Jika anda ingin mencuba permainan, ianya adalah 100% percuma dan boleh dimuat turun di App Store dan juga Google Play Store. Selamat mencuba!