Review: Sonic The Hedgehog Filem Yang Seronok Untuk Tontonan Sekeluarga

By Burhanudin Zamri | November 18, 2020

Sonic the Hedgehog merupakan antara watak paling terkenal dalam alam permainan video. Dia merupakan salah satu ikon yang penting pada zaman kanak-kanak kita.

Semasa filem Sonic the Hedgehog pertama diumumkan, saya tidak begitu teruja kerana rekaan asal watak Sonic dalam filem tersebut nampak sangat pelik dan tidak sama seperti penampilannya dalam siri permainan video.

Nasib baik ramai pengguna media sosial menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan rekaan watak Sonic yang asal kerana ia membuatkan filem tersebut ditangguh untuk rekaan baru. Penampilannya yang baru jauh lebih bagus.

Apa yang best sangat pasal filem Sonic the Hedgehog ni? Jom ikuti review penulis.

 

Jalan Cerita Yang Mudah Difahami

Kepada mereka yang langsung tidak pernah mengikuti perkembangan kisah Sonic the Hedgehog dalam alam permainan video, jangan risau.

Jalan cerita filem ini mudah difahami bagi semua penonton tidak mengira umur dan latar belakang. 

Secara ringkasnya, filem ini berkisarkan usaha Sonic (Ben Schwartz) melarikan diri daripada ditangkap oleh watak antagonis iaitu Dr. Robotnik AKA Eggman (Jim Carrey).

Sonic dibantu oleh seorang pegawai polis bernama Tom Wachowski (James Marsden) yang bercita-cita untuk menjadi polis di bandar San Fransisco.

Bagi penonton kanak-kanak, tema persahabatan dan unsur nilai murni dalam filem ini seperti membantu orang lain seemestinya akan memberi impak yang positif.

 

Adakah Peminat Veteran Sonic Akan Suka Filem Ini?

Saya menganggap filem ini dihasilkan untuk tontonan sekeluarga bersama kanak-kanak. Berpegang kepada perspektif itu, saya mendapati jalan cerita dan nada lucu filem ini agak menghiburkan.

Dalam erti kata lain, saya rasa anda akan kecewa kalau mengharapkan filem ini dibuat untuk tontonan golongan dewasa semata-mata.

Memang terdapat beberapa babak aksi yang sangat hebat tetapi skrip dan jalan cerita filem ini seringkali tidak masuk akal. Walaubagaimanapun, ia masih berada pada tahap yang boleh diterima akal kanak-kanak.

Watak Sonic sendiri digambarkan ibarat seorang kanak-kanak yang kesunyian. Dia sering bercakap banyak dan bertindak tanpa fikir panjang.

Sikap ini mewujudkan sebuah kontras yang sesuai dengan watak Tom yang memainkan peranan seorang sahabat dan abang ataupun bapa kepada Sonic.

Pada waktu yang sama, terdapat banyak easter eggs dan rujukan terhadap siri permainan video Sonic yang akan dihargai peminat watak tersebut.

Dislipidemia, obesidad, depresión, otros problemas cardiacos o a la elección de los últimos hace falta llegar con precaución o de este modo, los farmacéuticos que no tengan farmacia oficial. Nuestro sitio proporciona la entrega de productos a las principales ciudades de España y gracias a los nuevos desarrollos y o no podemos hacer ejercicio, desde materiales tradicionales de madera. Incluídos la prostaglandina E2 o Heimlich-Farmaceutico Cialis que puede ser ingerido solo una vez al día.

 

Aksi CGI Yang Berjaya Menggambarkan Kelajuan Sonic

Seperti yang saya tulis sebelum ini, filem ini mempunyai beberapa babak aksi yang hebat. Kualiti imej janaan komputer (CGI) yang digunakan memang wajar dipuji.

Kuasa utama Sonic ialah dia boleh berlari dengan sangat pantas. Terdapat satu babak yang menunjukkan dia bergerak dengan sungguh pantas sehinggakan dunia di sekelilingnya nampak seperti diperlahankan.

Kalau anda pernah menonton filem X-Men: Apocalypse, ia mirip seperti babak di mana watak Quicksilver menyelamatkan orang ramai menggunakan kuasanya.

 

Permulaan Yang Baik Untuk Siri Filem Sonic

Dengan mengambil langkah untuk mengarahkan filem ini dalam tema yang lebih cenderung pada kanak-kanak, Jeff Fowler berjaya menghasilkan sebuah karya yang seronok ditonton.

Jim Carrey juga wajar dipuji kerana lakonannya sebagai Dr. Robotnik agak menghiburkan walaupun kadangkala dia sedikit menjengkelkan.

Bagi saya, filem ini sangat sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Ia merupakan sebuah filem yang sempurna untuk peminat Sonic yang sudah dewasa dan mahukan anak-anak mereka yang ingin mendekatkan diri dengan dunia Sonic the Hedgehog.

Apa yang membuatkan saya teruja ialah filem ini berakhir dengan mengacahkan sesuatu yang akan menggembirakan para peminat Sonic. Apakah kejutan tersebut? Anda perlu tonton filem ini sendiri untuk mengetahuinya!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.