Riot Games mendedahkan album muzik bebas hak cipta untuk penstrim, album baru dilancarkan

By syazwanbahri | December 11, 2021

Muzik yang digunakan di siaran strim seperti di Facebook Gaming, Twitch dan YouTube Gamings sering menjadi isu kerana jika individu itu tersilap menyiarkan lagu, maka mereka boleh dikenakan tindakan hak cipta oleh platform itu.

Oleh itu, Riot Games Music mengumumkan barisan muzik bebas hak cipta untuk pentstrim, iaitu Sessions: Diana yang kini tersedia untuk distrim pada berbilang platform.

Sessions: Diana ialah susulan kepada Sessions: Vi, yang dilancarkan pada 2 Julai.

Diana menampilkan muzik yang serupa dengan album asal itu, dengan rentak instrumental gaya lo-fi yang digubah dengan mengambil kira penstrim dan pembangun kandungan.

Album ini dirakam oleh pemuzik komuniti yang turut muncul dalam album Vi, termasuk A.L.I.S.O.N, chromonicci, dan Hanz.

Muzik ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk apa-apa jenis kandungan seperti video, intro di mana-mana platform penstriman seperti Twitch, Facebook Gaming dan sebagainya tanpa kebimbangan.

Muzik ini boleh didapati di beberapa pelantar seperti Apple Music, Spotify dan YouTube Music dan mengandungi 43 lagu dari 25 artis berbeza.

Sumber rujukan: Riot Games