Riot Games mengumumkan fasa akhir mod ARAM untuk Wild Rift

By Mike Hayate | May 21, 2021

Riot Games harini mengumumkan mod popular dari League of Legends All Random All Mid (ARAM) akan datang ke Wild Rift.

Untuk peringatan mod ini masih dalam fasa akhir menguji kestabilan di dalam Wild Rift. Riot Games ingin pemain berasa seronok dan mod ini sudah mesti akan terus dipertimbangkan berada dalam Wild Rift.

ARAM adalah antara mod paling popular dalam League of Legends. Hampir 20% pemain daripada beberapa rantau telah mencuba ARAM di Wild Rift. Riot Games masih menilai samada mod ini akan menjadi mod jangka masa panjang atau tidak.

Permainan mod ARAM mempunyai jangka masa permainan yang bagus iaitu selama 12 minit dan secara purata permainan berjalan lebih lama. Tetapi Riot Games mengesyorkan jangka masa ini akan dibaiki untuk lebih cepat atau tidak. Keseronokan pemain juga perlu diambil kira untuk mengetahui pemain suka atau tidak permainan yang lebih lama untuk ARAM.

Riot Games memberitahu terdapat beberapa bug dan crash dalam permainan. Benda ini boleh dibaiki dan setakat ini masih belum ada masalah besar yang menyebabkan mod ARAM perlu ditamatkan.

Keseimbangan untuk ARAM juga perlu melakukan keseimbangan yang lebih bernuansa, perubahan item untuk ARAM dan rune dan juga loadout unik bagi memastikan permainan lebih seimbang dan adil.

Langkah seterusnya ialah menerima maklum balas dan sokongan pemain dan kemungkinan besar ARAM akan kembali pada awal jun untuk tempoh empat minggu lagi. Nantikan lagi pengumuman selanjutnya untuk Wild Rift.