Riot tangguh pelancaran agen baru VALORANT

By Taib Mohamed | October 29, 2021

Agen ke-17 VALORANT ini antara agen yang dinantikan oleh para pemain permainan first-person shooter ini, berikutan begitu banyak info yang tertiris mengenainya. Namun, pihak Riot mengumumkan pelancaran agen baru ini akan ditangguh.

Pengumuman penangguhan itu dilakukan melalui ciapan di Twitter @playVALORANT, menyatakan agen seterusnya akan dilancarkan pada tampalan kemaskini berikutnya. 

Keputusan penangguhan ini dibuat berikutan pihak pembangun menyatakan, pembangunan agen baru ini masih belum mencapai jangkaan komuniti.

“Dengan perkembangan pembangunan agen baru, ia cukup jelas pada kami ia masih belum mencapai bar kualiti yang anda boleh jangkakan daripada kami. Inilah sebabnya kami membuat keputusan untuk mengangguh untuk dua minggu, sementara kami menggilap beberapa aspek.”

Seperti Kay/O yang dilancarkan pada pemulaan Act 1 pada Jun lalu, agen baru ini dikatakan akan dilancarkan pada permulaan Act 3, pada 2 November ini.

Sumber: Dexerto.