RM2.09 juta hadiah terkumpul ditawarkan untuk Wild Rift Horizon Cup 2021

By Taib Mohamed | September 29, 2021

Semakin menghampiri tarikh mula kejohanan sulung League of Legends: Wild Rift Horizon Cup 2021, semakin banyak perincian mula didedahkan. Baru-baru ini mereka juga mendedahkan jumlah hadiah terkumpul yang ditawarkan untuk kejohanan ini, sebanyak US$500,000 (RM2.09 juta).

Kejohanan ini akan berlangsung bermula 13 hingga 21 November ini dan akan diadakan secara offline di sebuah lokasi yang sangat terkenal di Singapura iaitu Suntec Singapore Convention Exhibition Centre. 

Wild Rift Horizon Cup 2021 akan melibatkan 10 pasukan yang didatangkan daripada 8 zon iaitu China, Korea, Asia Tenggara, Eropah, Amerika Utara, Jepun, Brazil dan Amerika Selatan.

Buat masa ini, hanya lima pasukan yang sudah menempah kedudukan mereka untuk sertai kejohanan ini, iaitu:

China

Wild Rift Spark Invitational 2021 – Da Kun Gaming

Wild Rift League – TBD

Korea

Wild Rift Champion Korea – KT Rolster

Asia Tenggara

Wild Rift SEA Championship 2021 – TBD

Wild Rift SEA Championship 2021 – TBD

Eropah

Wild Rift Origin Series – Team Queso

Amerika Utara

Wild Rift Summoner Series – TBD

Jepun

Wild Rift Japan Cup – Sengoku Gaming

Brazil

Wild Tour – TBD

Amerika Selatan

Lolcito Salvaje Abierto – eBRO Gaming

Namun begitu, Wild Rift Horizon Cup hanyalah kejohanan pra-musim sebelum kejohanan rasmi yang akan diadakan pada tahun depan. 

“Kami berusaha keras untuk Musim Satu dan saya tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak perincian dengan anda kemudian,” kata Leo Faria, Ketua Global Esukan Wild Rift.

Sumber: AFK Gaming.