ROG Phone 3 rasmi diumumkan – skrin 144 Hz, 16GB RAM dan bateri 6,000mAh

By Hazril Md Nor | July 23, 2020

Peranti gaming popular, ROG Phone 3 akhirnya diumumkan hadir ke Malaysia pada pertengahan bulan September ini.

 

Ia akan hadir dalam dua varian, namun harganya masih belum diumumkan tapi dijangka hampir dengan ROG 2:

  • ROG Phone 3 (865+ / 12GB Ram / 512GB Storage / 5G)
  • ROG Phone 3 (865+ / 16GB Ram / 512GB Storage / 5G)

ROG Phone 2 dijual dengan harga RM3,499 bagi varian dengan 12GB RAM.

Peranti mudah alih ini menggunakan cip pemprosesan 865 Snapdragon dan sambungan 5G serta pengalaman gaming HDR yang dipanggil Snapdragon Elite Gaming

Menariknya, ia juga menyokong sehingga 16GB RAM dan sistem penyejukan GameCool yang ditambah baik dari sebelumnya untuk menyalurkan haba dengan lebih efisien. Ini membolehkan ROG Phone 3 mengendalikan permainan berprestasi tinggi dengan lancar dan tiada masalah.

Dari segi paparan, peranti ini dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 144 Hz dan kapasiti bateri sebesar 6,000 mAh bagi penggunaan yang tahan lama sepanjang hari. 

Ia juga menerima penambahbaikan pada audio dengan kolaborasi bersama Dirac. Kemampuan kamera ROG Phone 3 adalah 64MP di belakang + 13 MP (ultra wide angle) dan 5MP untuk makro. Bagi yang ingin berswafoto, kamera 24 megapiksel disediakan di bahagian hadapan.