ROG Phone 3 Strix Edition kini boleh dimiliki melalui Maxis Zerolution

By Burhanudin Zamri | October 14, 2020

Maxis kini telah memperkenalkan telefon pintar gaming ROG Phone 3 Strix Edition dalam katalog kontrak Maxis Zerolution. Telefon tersebut merupakan telefon pintar gaming terbaru yang dikeluarkan oleh ASUS.

Anda boleh mendapatkan ROG Phone 3 Strix Edition melalui Maxis Zerolution dengan harga serendah RM109/bulan. Dengan adanya pelan pascabayar yang hebat daripada Maxis, ini membolehkan para pemain untuk menikmati sesi permainan pada tahap yang sangat memuaskan.

Dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865, RAM 8GB, dan bateri berkapasiti 6000mAh, pengguna-pengguna fon ini semestinya dapat menikmati semua permainan mudah alih pada tetapan grafik tertinggi tanpa apa-apa masalah.

Ini bukan kali pertama Maxis memperkenalkan telefon pintar gaming dalam katalog mereka. Sebelum ini, mereka juga telah memasukkan Black Shark 3 dalam katalog kontrak Maxis Zerolution.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.