Roller Champions: Game Gabungan Roller Skate & Bola Percuma, Main Demo Di PC Sekarang

By Intan Mawarni | June 10, 2019

Ubisoft mengesahkan Roller Champions secara rasmi di E3 2019 setelah beberapa laporan yang membocorkan tentang game ini.

Roller Champions adalah game multiplayer yang diinspirasikan oleh sukan roller derby yang mana dua kumpulan terdiri daripada 3 pemain berlumba sekeliling trek dan cuba mengawal bola daripada diambil pasukan lawan. Semakin banyak pusingan pasukan korang dapat sambil memegang bola, lebih banyak markah korang dapat sehinggalah masuk ke gaung gol. 

Jika bola itu dirampas oleh pasukan lawan, kiraan pusingan sekeliling trek akan dirombak semula. Saksikan trailer gameplay Roller Champions di bawah:

Game ini agak sama seperti Rocket League tetapi bukan berlumba dalam kereta. Ia lebih kepada kebolehan korang untuk bergerak pantas dalam arena dan mengambil posisi bola dengan tackle pemain lain.

Roller Champions adalah game percuma untuk dimainkan dan korang boleh cuba demo di Uplay sekarang sehingga 14 Jun. Korang boleh mengubahsuai karakter dan peralatan tersendiri seperti baju peminat dan animasi sorakan. 

Roller Champions bakal dilancarkan pada 2020 di PC buat masa sekarang. Untuk platform lain, kami akan maklumkan sebaik sahaja diumumkan. Kami juga akan mencuba demo ini dalam masa terdekat. Nantikan review kami.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.