RPG misteri pembunuhan rekaan Malaysia, The Magister dilancarkan 2 September

By Taib Mohamed | August 18, 2021

Permainan dari Asia Tenggara yang paling dinantikan, The Magister, bakal dilancarkan pada September ini. 

Dikatakan sebagai ‘RPG kad-pembunuh misteri pembunuhan’ The Magister tentunya satu permainan yang unik. Pemain akan diberi peranan sebagai seorang Magister yang terkenal untuk menyelesaikan kes pembunuhan pendahulunya.

Permainan ini menggunakan mekanisme roguelite ringan kerana setiap pusingan berlaku secara rawak. Pemain akan diberi tugasan memulakan kes setiap masa mengguna dek baru dan satu misteri baru yang perlu diselesaikan.

Setiap pusingan The Magister akan mengambil masa selama 14 hari dalam permainan, di mana pemain perlu mengembara ke dunia fantasi Silverhurst, sama ada bersendirian atau bersama sidekick sama ada seorang Mercenary, Spy, Sage atau haiwan perliharaan seperti kucing atau anjing.

Kad-kad yang pemain temui di dalam pengembaraannya mempunyai dua fungsi. Pertama, pemain akan sertai dalam kombat di mana kad spesifik akan memberi pemain akses kepada pelbagai kebolehan dan serangan untuk menangkap musuh.

Kedua, pemain akan menggunakan kad perbualan, di mana pemain akan menggunakan teknik diplomasi. Menggunakan kad yang betul di dalam dek, pemain akan dapat menenangkan hati pihak lawan dengan bercakap dengan mereka.

Setiap pusingan, pemain akan diberikan Magister secara rawak, di mana setiap daripada mereka akan mempunyai kebolehan personaliti yang menjadikan permainan lebih menarik.

Diterbitkan oleh Digerati, The Magister dibangunkan oleh pembangun solo Malaysia, Nerdook Production yang telah membangunkan permainan sejak 2011. Beliau juga terkenal dengan Vertical Drop Heroes dan Monster Slayers.

Berpangkalan di Kuching, Sarawak, Nerdook sebelum ini bekerja sebagai jurutera di dalam industri minyak dan gas sebelum berhenti dan menjadi pembangun permainan seperti hari ini.

The Magister akan dilancarkan di Steam dan Nintendo Switch pada 2 September dan Xbox One pada 3 September.