RSG MY mengucapkan selamat tinggal kepada Meen, Nunaa, Mey dan Maru

By Hazrul Md Nor | July 30, 2021

RSG MY baru sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada barisan pemain wanita mereka untuk divisyen PUBG Mobile, RSG Ember melalui perkongsian posting Instagram mereka sebentar tadi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG (@rsg.sgmy)

RSG Ember ditubuhkan 27 December 2020, ahlinya terdiri daripada streamer tanah air di platform Facebook Gaming iaitu Meen, Nunaa, Mey dan Maru.

Sebelum ini mereka sempat mendapat tempat ketiga di PMMC 2021 Ladies yang berlangsung di Malaysia.

Adakah RSG akan mendapatkan ahli baru buat pasukan PUBG Mobile wanita mereka atau hanya mengekalkan pasukan PUBG Mobile sedia ada? Kita bakal saksikan.