RSG semakin kuat dengan kehadiran Leixia

By Hazrul Md Nor | September 4, 2021

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan Suhaz Esports menggunakan lineup Ling dan X.Borg untuk memberikan damage yang tinggi di fasa late game. Manakala RSG mendapatkan Pharsa di dalam pasukan untuk kawalan di dalam pertempuran. Seperti dijangkakan, RSG mendapat kelebihan pada minit awal permainan namun Suhaz Esports mampu bertahan ke fasa late game.

Leixia berjaya mencuri Lord pada minit ke-10 meskipun beliau terkorban di dalam pertarungan itu dengan retribution yang begitu tepat pada masanya. RSG Malaysia masih tidak dapat menamatkan permainan ketika ini. Pada minit ke-15, Suhaz Esports membuat kesilapan apabila Hyhy dan Aj terbunuh ketika ingin membuka peta. RSG mengambil peluang itu untuk mendapatkan enhanced Lord dan seterusnya menamatkan permainan pada minit ke-20.

PERLAWANAN KEDUA

RSG Malaysia membawa combo Ling + Angela untuk perlawanan kedua sementara Suhaz Esports memfokuskan burst damage dari Roger dan Lunox. Suhaz Esports berjaya memperlahankan kekuatan Ling pada awal permainan, mereka mengawal orange dan purple buff Ling.

Namun begitu, Leixia bersabar dan mencari farming yang diperlukan untuk mendapatkan barang core. Selepas beberapa perlawanan yang memihak kepada pasukan RSG Malaysia, mereka berjaya menamatkan perlawanan pada minit ke-18.