Rumor: Resident Evil 2 Demo Mungkin Akan Keluar Pada Bulan Disember

By Hazril Md Nor | November 27, 2018

Resident Evil 2 (Remake) sudah sangat hampir dengan tarikh pelancarannya iaitu pada 25 Januari 2019 tapi nampaknya mungkin Capcom nak peminat untuk alami rasa seram itu lebih awal dengan mengeluarkan lagi demo untuk pengguna PlayStation 4.

Pengguna Twitter Anthony Robert menunjukkan imej demo Leon dan Claire di timeline akaunnya. 

Walaupun imej ini kelihatan text yang menulis Leon dan Claire demo, tapi buktinya tak cukup sahih kerana ia mungkin sudah disunting menggunakan Photoshop.

Terdapat juga rakaman permainan video Resident Evil 2 di PS4 dev unit miliknya.

Juga terdapat dua imej yang berjaya dicuri oleh theplaystationbrahs, menampilkan Ada Wong dan Mr.X:

Ada Wong
Mr.X

Jika imej dan video ini adalah benar, maka kita akan menyaksikan demo ini akan dilancarkan pada bulan Disember nanti di PlayStation Store seperti yang berlaku pada Resident Evil 7 yang mana Beginning Hour diperacahkan kepada peminat sebelum ketibaan permainan penuh.

Sumber: theplaystationbrahs