Saksikan permainan Planet Coaster di konsol

By Burhanudin Zamri | July 17, 2020

Studio Frontier Developments telah memuat naik trailer permainan untuk Planet Coaster: Console Edition yang akan dilancarkan di PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox One, dan Xbox Series X pada penghujung tahun ini.

Pada waktu ini, Planet Coaster hanya boleh dimain di PC dan versi PC ini dilancarkan pada tahun 2016. Akhirnya para pemilik konsol akan mendapat peluang untuk bermain permainan video pembinaan dan pengurusan taman tema ini.

Satu lagi permainan video pembinaan dan pengurusan baharu yang dilancarkan oleh Frontier Developments di PC ialah Planet Zoo. Penulis berharap judul tersebut juga akan dilancarkan di konsol pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.